Image may be NSFW.
Clik here to view.
Apakah gastrik ?Image may be NSFW.
Clik here to view.
Gastrik terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan.
Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.
Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis:
- Sakit ulu hati
- Rasa mual
- Rasa perut kembung
- Kemungkinan pesakit juga akan muntah
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tips pemakanan sihat untuk pesakit gastrik
- Susu dan Krim (cth: Yogurt): Susu boleh bertindak sebagai lapisan yang melindungi dinding perut daripada gastrik jus yang berasid tinggi. Minum di awal pagi adalah berkesan tetapi ia hanya akan memberikan perlindungan yang sementaraImage may be NSFW.
Clik here to view. - Elakkan meminum kopi atau minuman berkafein (teh, milo, cola): Minuman tersebut akan meningkatkan kadar penghasilan jus gastrik yang berasid tinggi.Image may be NSFW.
Clik here to view.
- Makanan pedas (cth: black pepper, cili): Walaupun lidah anda merasakan makanan tersebut kurang pedas, namun perut anda akan merasa sebaliknya. Makanan yang pedas – walaupun tidak terlalu pedas – boleh menghakis dinding perut sehingga menyebabkan kesakitanImage may be NSFW.
Clik here to view. - Jangan tinggalkan makanan utama seharian (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam). Sekiranya perut dibiarkan kosong kerana tidak diisi, jus gastrik yang terhasil akan menghakis dinding perut kerana tiada makanan yang hendak dihadam. Oleh itu, jangan skip makan!Image may be NSFW.
Clik here to view. - Makan makanan ber-antioksidan tinggi, omega 3 dan phytochemical lain untuk mengurangkan keradangan dinding perut:
Contoh makanan yang mengandungi antioksidan dan phytochemical yang tinggi – buah-buahan seperti oren, papaya, kiwi, mangga masak, tembikai dll. Kebiasaannya buah yang tinggi vitamin C)
Makanan yang tinggi Omega 3 – Ikan Salmon, Ikan Sardin, Ikan Tuna (Tongkol), produk yang diperkaya dengan omega 3 seperti telur, majerin, susu, yogurt, roti, bijirin sarapan. Sayuran seperti kalian, daun parsli, bayam.